Friday, May 15, 2020

Berkata baik, atau diam!

Dalam keghairahan kita memburu malam Lailatul Qadar, hati ini terasa sangat sedih, sedih dengan sikap kita yang terlalu asyik menyebarkan berita tidak benar dan fitnah yang jahat. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, kami banyak buruk sangka terhadap orang lain. Kami tidak mahu berjumpa denganMu dalam keadaan muflis. Kami sangkakan kantung amalan kami penuh dengan amalan, padahal ia bocor dengan kata buruk terhadap orang, sangka buruk terhadap orang dan fitnah jahat terhadap orang lain.

Sempena dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan ini, ayuh! Marilah sama-sama kita perbanyakkan berdoa kepada Allah swt agar kita semua, khususnya mereka yang membaca status ini akan mendapat rezeki untuk berjumpa dengan malam Lailatul Qadar, jauhkanlah kami daripada menjadi orang yang muflis di akhirat nanti..insya Allah, amin ya Allah 🤲🏻

Hariz Fathee
15 Mei 2020
22 Ramadhan 1441H

Wednesday, May 13, 2020

Lailatul Qadar : Malam Seribu Bulan

PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR.

Ayuh rebut peluang yang dibentangkan oleh Allah swt.

Rasulullah saw pernah menceritakan tentang kisah ibadah kaum yang terdahulu. Terdapat empat orang lelaki dari kalangan kaum Bani Israil (iaitu umat Nabi Musa AS) yang mana mereka beribadah kepada Allah swt selama lapan puluh (80) tahun tanpa melakukan maksiat walaupun sekelip mata. Mendengar kisah tersebut, para sahabat merasa sangat kagum dengan ibadah yang dilakukan oleh kaum terdahulu. Maka datanglah Jibril dan berkata : “Sesungguhnya Allah swt menurunkan hal yang lebih baik daripada itu.” Maka Jibril membacakan ayat daripada Surah Al-Qadr, ayat 1-3.

Allah swt mengurniakan umur yang panjang kepada umat yang terdahulu. Terdapat riwayat yang menceritakan tentang umur Nabi yang terdahulu, misalnya :
Umur Nabi Adam 930 tahun
Umur Nabi Idris 345 tahun
Umur Nabi Nuh 950 tahun
Umur Nabi Musa 120 tahun

Manakala umur umat Nabi Muhammad saw pula adalah pendek sahaja, sebagaimana hadis daripada Rasulullah saw :

أعمارُ أمتي ما بين السِتِّينَ إلى السبعينَ وأقلُّهم من يجوزُ ذلك

“Umur umatku di antara 60 hingga 70 tahun, dan sangat sedikit antara mereka yang melewati itu.”

Jika ingin dibandingkan daripada sudut umur, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi panjang dan lamanya ibadat umat yang terdahulu. Itu belum lagi kita tolak umur kita dengan hal-hal keduniaan yang lain, misalnya tidur, makan, minum, berbual kosong, muat naik status facebook, whatsapp, instagram, twitter, dan sebagainya. Berapakah agaknya baki umur kita yang betul-betul berkualiti untuk kita isi dengan beribadah kepada Allah swt?

Oleh sebab itulah, Allah swt menganugerahkan malam Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad saw. Pada malam itu, barangsiapa yang diberikan peluang untuk beribadat, ganjarannya adalah lebih baik daripada beribadat selama 1,000 bulan.

Sabda Rasulullah saw :

تَحَرُّوا لَيْلَةَ القَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

"Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”

Semoga bermanfaat.

Hariz Fathee
13 Mei 2020
20 Ramadhan 1441H

Tuesday, June 18, 2019

Perubahan bermula daripada diri sendiri.

Salam sejahtera buat semua..ayuh! Usah buang masa lagi, tiada siapa yang akan mampu mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri..adakah kita ingin terus berada di takuk yang sama? Atau bangkit untuk terus memajukan diri dan terus meningkatkan potensi diri. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah peluang dan ruang untuk meningkatkan diri masih diberikan oleh Allah swt kepada kita. Yang pertama, kena sentiasa berfikiran positif, kedua, cari dan bina suasana yang positif dan ketiga, berada dalam kalangan mereka yang positif! Ayuh mulakan sekarang!

Mohd Hariz Fathee 😎

Buat yang terbaik..!

Buat teman-teman yang sedang berusaha untuk melakukan sesuatu, tidak kiralah sedang mencari pekerjaan, atau sedang bekerja, atau mencari rezeki untuk keluarga, atau bakal menghadapi peperiksaan, atau sedang mengikuti kuliah dan pelajaran, ingatlah, SENTIASA BUAT YANG TERBAIK! Sentiasa berikan 100%, jangan berikan 120% atau 200% kerana lambat laun anda akan dilanda penyakit futur (putus asa), jangan pula berikan 50% sahaja, kerana itu adalah sikap pemalas. Saya doakan semua teman-teman dipermudahkan urusan oleh Allah swt.
Ikhlas daripada saya,
Mohd Hariz Fathee 😎

Saturday, May 11, 2019

BERHATI-HATI MEMBERIKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN.

Tidak dinafikan lagi, amalan bersedekah adalah suatu amalan yang sangat dituntut di dalam bulan Ramadhan. Sebagaimana Allah swt berfirman yang bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. (Al-Hadid, ayat 18)
Ini menunjukkan bahawa, pahala amalan bersedekah kita akan dilipatgandakan oleh Allah swt dengan gandaan pahala yang begitu banyak sekali.
Namun, bulan-bulan puasa ni, berhati-hatilah dalam menghulurkan sumbangan..ramai yang menipu, dan ramai manusia durjana yang ingin mengambil kesempatan, jangan mudah percaya dan jangan terpedaya pada luaran sahaja, berkopiah, berjubah, follower ramai..minta sumbangan guna nama anak yatim, guna nama sekolah agama, tapi rupa-rupanya menggemukkan anak-beranak, mengkayakan anak-beranak, anak yatim? Hanya berbuka dengan lauk telur goreng sahaja.
Pakaian mereka dan keluarga mereka? Jauh lebih mahal daripada pakaian anak-anak yatim. Rumah mereka dan keluarga mereka? Jauh lebih mahal daripada rumah atau sekolah yang mereka bina untuk anak-anak yatim. Kenderaan mereka dan keluarga mereka? Jauh lebih selesa berbanding kenderaan yang mereka guna untuk angkut anak-anak yatim ini bagi memungut sumbangan.
Saya perhatikan gejala ini semakin hari semakin membarah, mereka yang menipu menggunakan agama semakin hari semakin tumbuh bak cendawan selepas hujan. Mulut mereka manis berbicara, sentiasa menyebut berkaitan hal-hal agama, selalu sebut ikutlah cara nabi-nabi, tetapi akhlak dan perbuatan mereka tersimpang jauh daripada nabi, mendekat bahkan lebih teruk daripada babi.
Saya lebih suka apa yang saya sumbangkan sampai terus kepada penerima, jadi kena lebih berhati-hati. Selepas beri sumbangan, sentiasa follow up, jika boleh, duduk dan makan bersama dengan anak yatim yang kita beri sumbangan tadi. Tapi, jangan risau..kalau kita tertipu, kita akan dapat dua pahala, satu pahala sedekah dan satu lagi pahala kerana ditipu.
Harus diingatkan, BUKAN semuanya begini, terdapat ramai juga pejuang-pejuang agama yang mewakafkan diri mereka untuk membantu anak-anak yatim dengan ikhlas. Pakaian anak yatim lebih kemas daripada pakaian mereka, rumah atau sekolah anak yatim jauh lebih selesa daripada rumah mereka. Inilah mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan mereka. Oleh itu, berilah sumbangan kepada mereka-mereka ini.
Akhir sekali, saya tidak mengajak untuk menjadi takut memberikan sumbangan, saya hanya mengajak supaya kita perlu jadi bijak dan lebih berhati-hati. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi bulan yang bermakna buat kita semua.
MOHD HARIZ FATHEE
Sekadar pemerhati 😎
22/5/2018

Sunday, May 6, 2012

Ujian Tanda Kasih Sayang Allah


Firman Allah SWT dlm surah Al-Baqarah, ayat 214 :

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬

Maksudnya :

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat."

Pengajaran utama yang boleh kita dapat berdasarkan ayat di atas ialah Allah SWT tidak mendatangkan ujian kepada hambaNya yang beriman untuk menyusahkan atau membebankan, akan tetapi ujian itu merupakan petanda bahawa Allah SWT sangat sayang dan mengasihi akan hamba yang ditimpakan ujian tersebut. Maka jelaslah bahawa Allah itu benar-benar Maha Penyayang. Masakan tidak, Allah SWT telah nyatakan bahawa mereka yang ditimpakan ujian tersebut akan diganjari syurga selama-lamanya.


Selain itu juga, terdapat beberapa petanda yang Allah SWT ingin kita tahu, tatkala Dia datangkan kepada kita ujian, petanda tersebut ialah :

1) BERIMAN KEPADA ALLAH
Ujian itu datang kepada kita adalah supaya kita sedar siapa Pencipta kita, sudah pasti Allah SWT. Oleh itu, tatkala ujian datang kepada kita, teguhkanlah iman kita terhadap Allah SWT agar tiada apa yang bisa meruntuhkan keimanan serta kepercayaan kita terhadap Allah SWT. Maka percayalah dengan janji Allah bahawa syurgalah tempat bagi hamba-hambaNya yang beriman.

2) MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA
Dalam perjalanan hidup yang dipenuhi dengan liku-liku kehidupan, sudah pasti akan tercalit sedikit kekotoran ditengah-tengah perjalanan tersebut. Dan adakah sia-sia jika Allah turunkan ujian kepada kita dengan menjanjikan kepada kita penghapusan dosa-dosa yang kita lakukan selama ini?? Sudah tentu tidak. Itulah tanda Allah sayang kepada kita, Allah kasih kepada kita, Allah mahu segala kekotoran dan dosa-dosa yang terpalit di dalam diri kita dibersihkan sekaligus memberikan ganjaran syurga jika sekiranya kita bersabar dan yakin dengan janjiNya.

3) ALLAH TEMPAT MEMINTA PERTOLONGAN
Kadang-kadang kita lupa bahawa hanya Allah tempat kita bergantung segalanya. Sesetengah daripada kita terlalu percaya kepada manusia sehingga menjadikan manusia tempat bergantung, sebab itulah ada diantara mereka sanggup menghabiskan jutaan ringgit semata-mata ingin berubat dengan bomoh serta khurafat tanpa sedikitpun mengharapkan bantuan daripada Allah SWT. Kerana itulah, Allah datangkan ujian kepada kita. Allah ingin mendengar luahan serta doa kita kerana Allah Maha Mendengar. Allah mahu kita mengharapkan bantuan daripadaNya kerana Allah Maha Berkuasa. Jadi, sentiasalah bertawakal dan berdoa kepada Allah apabila ujian itu datang kepada kita.

4) MEMBERI KESEDARAN
Ujian itu mampu memberikan kesedaran kepada manusia. Allah mahu kita sedar bahawa kita tidak mempunyai apa-apa daya dan kekuatan melainkan dengan izinNya. Oleh itu, janganlah menjadi manusia yang angkuh dan sombong dihadapan Allah SWT, kerana kita hanya insan yang kerdil dihadapanNya. Allah tidak menilai dari rupa paras, mahupun dari jasad luaran kita, akan tetapi Allah menilai dari hati hambaNya yang sentiasa mengingatiNya tatkala susah mahupun senang. Jika datang kepada kita ujian daripada Allah, basahkanlah lidah kita dengan zikrullah, moga-moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang dikasihi olehNya.

Insya Allah....Wallahu'alam~

Friday, May 4, 2012

Indah Hidup Dengan Berkongsi


 “Belajar untuk menyusun masa kita. Bertambahnya amanah atau tanggungjawab bukan suatu alasan untuk kita mengenepikan kualiti dalam melaksankan tugasan tersebut. Utamakan mana yang perlu dan curi masa kita dengan baik. Isi kan masa senggang tersebut untuk mengulang kaji biarpun untuk 10 minit.”

“Jangan pernah ambil enteng dengan kuantiti masa yang kita miliki kerana setiap orang berbeza, keperluannya tidak sama. Aktiviti kita dan kawan kita berbeza meski kursus yang diambil adalah sama. Tidak salah untuk meminta tips pengurusan masa daripada mereka yang berjaya. Mahu melihat jadual mereka juga tidak salah tetapi, kita tidak boleh menyusun jadual kita sebagaimana mereka menyusun jadual mereka.”

“Mereka susun mengikut keperluan mereka yang tentunya tidak sama dengan kita. Jika ada amanah yang tidak dapat kita pikul dengan baik, sebaiknya tolak dengan baik kerana dibimbangi kita akan menganiaya orang lain dan lebih lagi diri sendiri. Kenali diri dan had upaya diri.”

“Anggap setiap yang berlaku sebagai proses mengenali diri, insan-insan disekeliling kita juga yang utama, mengenali Khaliq kita. Jika semua berlaku atas aturan-Nya, tentu ada sebab pada setiap kesilapan yang kita lakukan atau 'kesilapan' orang atas kita. Tarbiah dan teguran Allah hadir melalui ujian.”

“Jika di sekolah, kita belajar melalui apa yang disampaikan oleh guru dan kemudian diberi ujian untuk menguji ilmu yang kita pelajari. Sebaliknya, dalam hidup, kita diberi ujian untuk memahami sesuatu perkara dan belajar melalui ujian tersebut.”

'Kehidupan' adalah suatu yang aneh dan unik, kerana itu kehidupan dilalui oleh manusia dan bukan makhluk lain. Kelebihan untuk menilai, memikir, merenung, memahami dan mengaplikasi sesuatu ada pada makhluk bernama insan.”

“Meski ia adalah makhluk yang tidak terlepas dari sifat alpa dan lupa namun, kerana keupayaan tadi, ia mampu memperbetulkan kesilapan yang dilakukan dalam keadaan sedar. Kelemahan boleh menjadi kekuatan dan kekuatan boleh pula menjadi kelemahan. Timbal baliknya adalah atas kita, bergantung pada kemahuan dan pengetahuan yang kita miliki.”

“Acuan yang kita pilih membentuk bentuk yang kita mahu jadi. Begitu juga pemikiran kita. Kebiasaan kita dibentuk oleh bentuk pemikiran kita. Jika kita rasa semua adalah mustahil, maka tindakan yang dibentuk akan membawa kepada rasa mustahil dan tidak berjaya. Oleh itu, memupuk motivasi yang positif dalam pelbagai bentuk sama ada melalui lisan, bacaan mahupun apa yang kita dengar, boleh mempengaruhi sikap kita secara tidak langsung.”


*HAK CIPTA TERPELIHARA*



Assalamualaikum w.r.b....buat pembaca sekalian, yang di atas ini adalah sedikit sedutan daripada karya yang sedang disiapkan. Terasa menarik pula untuk dikongsikan. Semoga sama-sama kita mendapat manfaat. Ilham hadir dalam kedinginan malam yang basah dengan hujan. Doakan semoga karya ini dapat disiapkan dengan baik dan memberi manfaat kepada pembacanya. Sekian wassalam... [^^,]




Monday, April 30, 2012

Berjuta Helaian, Selaut Tinta

Assalamualaikum w.r.b.


Bertemu kita sekali lagi. Apa khabar semua? Moga dalam keadaan yang sejahtera hendaknya (",). Semenjak memulakan entri pertama tempoh hari, tangan terasa rajin hendak menaip pula (walhal ada tugasan peribadi yang perlu diselesaikan...:p). Anggap sahaja sebagai mencari ilham...ehe. Entri pada kali ini adalah secara santai dan sekadar berkongsi cerita.


Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk menjadi salah seorang daripada pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Tahun lepas tidak dapat pergi kerana sedang dalam fatrah peperiksaan. Alhamdulillah pada tahun ini berpeluang pergi secara tidak disangka-sangka dan semua urusan berkaitan dipermudahkan. Manisnya, ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki ke PBAKL. Kata Abah, PBAKL kali ini lebih tersusun berbanding tahun sudah kerana penyusunan adalah mengikut syarikat buku dan tidak berselerakkan. Malahan ada dewan tertentu yang menempatkan beberapa syarikat penerbit secara khusus. Terdapat juga dewan bagi seminar dan bengkel secara percuma. Sayangnya, saya terlepas...jika tidak pasti bertemu Ustaz Hasrizal dan mendengar perkongsian beliau. Bukan rezeki saya.


Bagi ulat buku seperti saya, PBAKL 2012 umpama syurga kerana buku-buku dapat dibeli dengan lebih murah berbanding di kedai biasa. Dan suatu kebahagiaan pula sekiranya dapat bertemu dengan penulis kegemaran. Umpama bertemu dengan pujaan hati :P
siapa mahu autograf saya? :P


Pengunjung yang paling beruntung tentunya daripada golongan siswa siswi kerana terdapat tawaran diskaun istimewa. Oleh yang demikian, jangan lupa bawa kad pelajar anda bersama !


Sememangnya tidak puas meronda di PBAKL 2012. Meski tangan sudah hampir kebas menjinjit beg plastik yang tidak ringan isinya, kaki yang terasa mahu tanggal dan pinggang yang mahu tercabut, jika tidak kerana rakan saya yang sudah membuat wajah kasihan agar saya berhenti berehat, sudah pasti saya teruskan sehingga pengsan ! =P


Ini adalah gambar hiasan semata-mata...


Oleh kerana masih belum puas (mana cukup 3 jam sahaja..ehe..), ketika di KLCC sementara menanti Abah selesai mesyuarat, saya mengheret teman saya ke Kinokuniya pula. Setelah itu kami bersiar-siar pula di taman di luar KLCC (saya terlupa nama tamannya). Damai terasa dapat mencuci mata dengan kehijauan alam.

Moral of the story yang mahu saya kongsikan adalah pergilah ke PBAKL 2012 sekiranya berkesempatan kerana kita tidak akan rugi membelanjakan wang bagi membeli buku. Ya, buku bukanlah aset material sebagaimana rumah dan kereta yang bisa dihitung nilai dalam bentuk tunai. Harganya bahkan lebih tinggi jika mampu diletakkan sebuah nilai. Isi buku ini yang akan menjaga dan membantu kita dalam menghadapi hari-hari yang sukar serta menjadi teman setia tanpa bicara, berkata-kata dengan kita tanpa suara dan yang lebih utama, menjadi penghubung antara kita dan insan di masa silam juga masa kini.


Tanpa helaian yang tercoret beribu tinta berdakwat, kita tidak akan mendapat hikmah pengetahuan daripada ulama silam mahupun masa kini. Ia menjadi penghubung antara kita dan 'guru-guru' kita ini. Maka, seharusnya kita menghargai setiap buku kerana di dalamnya terkandung mutiara-mutiara berharga. Kongsikan ilmu yang kita miliki, nyatakan sumber yang kita ambil, manfaatkan ilmu dengan mengamalkannya secara konsisten dan simpan ditempat yang baik semoga dengan itu orang lain juga dapat mengambil manfaat daripada isinya.


Badan yang sihat memerlukan makanan yang berkhasiat dan berzat, manakala akal yang sihat pula memerlukan bacaan yang baik dan bermanfaat. Biasakan untuk menjadikan membaca sebagai sebahagian daripada rutin harian. Jangan biarkan otak kita lesu dan sakit. Sepanjang hayat kita, kita hanya menggunapakai otak kita dalam peratusan yang kecil, lalu mengapa tidak kita maksimumkan penggunaannya? Manusia adalah makhluk luar biasa yang Allah ciptakan.


Perkara yang baik tidak memerlukan masa yang sesuai untuk dimulakan kerana semakin bertunda sesuatu dilakukan, semakin berat ia terasa. Masih tidak terlambat selagi nyawa masih dikandung badan. Tiada yang mustahil sekiranya kita yang berkata demikian. Jangan biarkan berjuta helaian dan selaut tinta itu di telan dek zaman kerana sikap kita, bangsa lain telah maju bertapak ke hadapan kerana ilmu. Bilakah giliran kita?







Saturday, April 28, 2012

Jika Membenci Bukan Menjadi Pilihan

Assalamualaikum w.r.b.....salam perkenalan diucapkan =)


Entri pertama saya selaku orang baru dalam dunia 'blogging' adalah seperti yang anda lihat tajuknya di atas.


"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu  tidak mengetahui...." 
( Al-Baqarah : 216 )


Lazimnya apabila kita menempuh sesuatu keadaan yang menyakitkan hati dan jiwa, kita menemui sepotong ayat ini atau diberi sepotong ayat ini oleh seorang teman. Dan hati kita sama ada secara rela atau tidak, cuba untuk ditenteramkan. Namun hiba dihati masih juga belum surut. Jiwa masih tercarik-carik dengan imbasan segala yang berlaku. Luka masih terasa berdarah. Ada rasa membara di dalam. Serasa tiada yang dapat memahami apa yang sedang kita lalui dan tempuhi. Terlalu mudah untuk mereka berbicara tetapi mereka tidak menempuhi semua ini!


Berhenti sejenak !


Tarik nafas sedalamnya dan hembuskan perlahan......


"....Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman', dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta..."
( Al'Ankabut : 2 - 3 )


Perhatikan sejenak ayat di atas. Setiap dari kita diuji. Hanya saja ujian itu berbeza-beza. Acap kali kita terasa kebal dari ujian......maka akan menyebabkan persoalan ini timbul : "Mengapa harus aku menempuh semua ini?". Kita menjadi emosi lalu marah kepada asbab yang dilihat oleh pancaindera kita. Sebagai contohnya, duit kita dicuri orang, lalu kita marah kepada pencuri tersebut dengan merungut-rungut kita memerlukan duit tersebut, hanya itu sahaja tunai yang kita miliki pada ketika itu. Rentetan kepada segala runguta membawa kepada sebuah keazaman sekiranya pencuri itu diketahui, maka akan terancamlah nyawanya. Ini baru perihal pencuri. Lain pula kisahnya jika kita dikhianati. Tidak kisah siapa yang mengkhinati itu, yang pasti perbuatan itu meninggalkan kesan yang mendalam...luka tidak berdarah.


Benar, tiada siapa dapat menerima jika dilukai. Tetapi, mengapa perlu kita membenci? Mengapa itu yang menjadi pilihan pertama kita? Kita maklum bahawa Muhammad S.A.W. merupakan contoh ikutan kita tetapi pada beberapa perkara, kita akan berdalih. Baiklah, kita adalah manusia biasa. Kita bukan Nabi jauh lagi orang alim. Berhenti ! Berhenti untuk membuat perbandingan. Berhenti untuk mencari alasan untuk berdalih.


Lupakah kita bahawa setiap dari kita diuji sesuai kemampuannya? Lupakah kita bahawa yang memberi ujian itu adalah Allah? Dan lupakah kita bahawa ujian bisa hadir sebagai teguran dari Allah untuk kita? 


"It's funny. In school you're taught a lesson, then given a test. But in life, you're given a test that teaches you a lesson."






Belajar untuk berlapang dada dan menerima segala yang terjadi dengan tenang. Bersyukurlah kita masih diuji kerana itu tanda Allah sayang pada kita. Daripada kita membebankan fikiran kita dengan berbagai persoalan mengapa insan-insan tersebut tega menyakiti kamu dengan cara sedemikian......fikirkan pula apa yang ingin Allah khabarkan kepada mu? Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersirat hanya sahaja kita memilih untuk membuka hati melihatnya atau menafikan sehingga akhirnya kita sesal kerana tidak membuka 'mata' lebih awal.


Lapangkan hati dan biarkan apa yang terjadi berlalu. Tidak perlu dicari sebabnya lagi sebaliknya, bebaskan diri kita dari rasa yang menyesakkan. Kita boleh terlepas peluang yang baik kerana terlalu menangisi sesuatu. Tidak salah untuk menangis dan bersedih. Air mata tidak diciptakan sia-sia. Lepaskan apa yang kamu rasakan kemudian bangkit berdiri kembali meneruskan langkah.


Pada awalnya, sakit itu tidak terperi. Oleh itu, jangan pernah lupa DIA akan sentiasa bersama dalam setiap langkah yang kita atur. Percaya dengan setiap ketentuan-Nya dan belajar untuk ikhlas dan bersyukur menerima semuanya. Insya Allah secara perlahan-lahan kita akan merasa lebih tenang menghadapi keadaan yang menekan ini.


Pilihlah untuk tidak membenci dengan sebab diri kita sendiri, supaya kita tidak lagi perlu merasa sesak di dada. Lakukan untuk diri kita. Usah difikirkan untuk membalas segala yang dilakukan kerana ia tidak akan menyebabkan kita menjadi lebih mulia tetapi setaraf atau mungkin lebih hina dari pelaku asal. Sebaliknya, ucapkan terima kasih di atas kesakitan itu kerana kelak ia mungkin menjadi satu titik tolak untuk kita menjadi lebih baik. Pilihlah sama ada kehidupan yang damai tanpa menambah musuh ataupun menjadi musuh kepada semua kerana kemarahan yang kita simpan itu. Ada apa pada benci?






                   "The best revenge you can give is to live happily."













Monday, April 23, 2012

Kreatifkan Dakwah

Setelah sekian lama tidak menulis, kali ni saya tergerak hati rasa ingin menulis kembali dan meng-update blog yang dah lama bersarang ni..alhamdulillah..syukur rasanya dapat menyiapkan tinta yang terbaru ini..semoga setiap perkataan mendapat keredhaanNya..Insya Allah..


Tiada isu besar yang ingin saya ketengahkan pada kali ini, cuma berkisar tentang perihal dakwah dan uslub yang harus digunakan dalam proses berdakwah. Persoalan pertama yang ingin saya bangkitkan disini ialah, apa itu dakwah? Secara istilahnya dakwah itu membawa maksud satu proses ajakan, seruan, panggilan yang berlaku untuk kembali kepada ketaatan dan keimanan kepada Allah SWT. Dakwah merupakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah SWT kepada semua umat Islam yang beriman kepadaNya seperti mana yang telah termaktub dalam surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud :


"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang makruf dan menegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah"


Sikap manusia banyak ragam serta 'perencah'nya. Kita diciptakan oleh Allah dengan aset yang berbeza-beza, setiap manusia ada tagline mereka sendiri. Seperti mana yang telah dijelaskan oleh Allah SWT :


"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling berbakti dan bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat : 13)


Oleh sebab itu, dakwah tidak harus menjadi terlalu tetap dan terlalu spesifik, kenapa harus dikecilkan konsep dan uslub dakwah sedangkan ia harus diperluaskan dan diperbanyakkan. Kita harus lebih kreatif dalam usaha menyampaikan hak kepada mereka yang memerlukan. Adakah kita yakin dengan hanya satu-satu cara sahaja mampu menarik minat semua orang? Tentulah tidak.


Perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah menarik minat orang yang ingin kita dakwah. Ia boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara, yang penting kita harus kenal terlebih dahulu siapa orang yang kita ingin dakwah tersebut. Selidiki minat serta perkara yang boleh membuatkan mereka tertarik dan dengan perkara tersebut kita 'umpan' mereka untuk lebih dekat dengan kita, maka apabila mereka sudah mula tertarik dengan kita, maka perkara dakwah yang ingin kita sampaikan dapat dilakukan dengan lebih mudah.


Kemudian, setelah kita berjaya menarik minat orang yang ingin kita dakwah, dakwah serta ajakan kita itu harus dilakukan dengan cara yang paling berhikmah. Selain itu, kita harus lebih jujur dalam menyampaikan perkara yang hak. Janganlah kita menyembunyikan kebenaran atau kita sekadar mengambil perkara agama yang kita suka sahaja, yang kita tidak suka, kita tinggalkan. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik" (surah An-Nahl, ayat 125)


Dakwah serta ajakan itu tidak terhenti disitu sahaja, kita harus lebih konsisten dan jangan pernah berputus asa sekiranya dakwah kita tidak mendatangkan hasil yang positif. Tanam sifat yakin dengan kuasa Allah SWT, maka dengan itu kita akan lebih percaya bahawa dakwah yang kita lakukan itu tidak akan menjadi sia-sia. Selain konsisten yang dituntut, kita perlu sentiasa follow-up perkembangan orang-orang yang kita dakwah sehinggalah mereka mampu berdiri dengan kaki mereka sendiri. Pertolongan serta bimbingan harus diberikan senantiasa agar mereka tidak terkapai-kapai ditengah jalan seperti layang-layang yang putus talinya.


Akhirnya, perkara terkemudian yang kita boleh kita lakukan ialah berserah dan bertawakal kepada Allah SWT. Walau apa sekalipun yang terjadi, bersangka baik kepadaNya ialah pemikiran yang terbaik kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah SWT tidak akan menjadikan satu-satu perkara tanpa ada sebab-musababnya. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Bertawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah yang menjadi pelindung." (surah An-Nisa', ayat 81)


Kesimpulannya, dakwah itu perkara yang mudah, tidak susah seperti yang disangkakan oleh sesetangah pihak. Oleh itu, jalankanlah tugas kita selaku khalifah di bumi Allah SWT ini, yang pasti cara dan uslub dakwah tersebut perlulah dikreatifkan dengan pelbagai cara yang mampu menarik lebih ramai orang, asalkan tidak terpesong daripada garis panduan syariat yang telah ditetapakan. Wallahu'alam~

Wednesday, February 16, 2011

Resmi Padi

Baru-baru ini, sy diberikan peluang oleh Allah swt untuk bertemu dan bersua muka dengan 2 tokoh ulama' yang sangat tersohor di Malaysia. Ketokohan mereka sangatlah dihormati kawan, dan digeruni oleh lawan. Kedua tokoh tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan :
1. Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat; dan
2. Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang


Dua tokoh ulama' yang disegani

Bermacam tohmahan dan kata nista yang dilemparkan kepada mereka, namun mereka masih istiqomah(konsisten) dalam perjuangan mereka untuk menegakkan Islam yang tercinta di Malaysia ini.

Islam mengajar kita hidup bersederhana, dan pepatah melayu sendiri ada menyatakan bahawa kita harus mengikut resmi padi; semakin berisi, semakin tunduk. Maksudnya, semakin tinggi ilmu dan pencapaian kita, maka kita harus menjadi semakin rendah diri, bukannya menjadi semakin bongkak dan sombong. Sedangkan kita tahu bahawa syaitan sangatlah sombong, kerana sifat itulah syaitan diheret keluar daripada syurga dan dihumban ke neraka jahanam!!

Berkunjung ke teratak dua tokoh tersebut sudah cukup untuk membuktikan bahawa dua tokoh tersebut memiliki sifat-sifat rendah diri dan yang pasti mengamalkan resmi padi tersebut. Mana tidaknya, rumah mereka bukannya tersergam indah bak istana kayangan seperti sesetengah pemimpin yang ada di Malaysia ini, tetapi, hanyalah cebisan kayu yang akan runtuh dimakan oleh anai-anai jika tidak dijaga dengan elok.

teratak Haji Abdul Hadi

Hati ini bagaikan ingin menangis, tatkala mataku terpaku pada wajah mereka yang sangat bersih, jarang sekali kita melihat pemimpin yang sanggup menangguhkan urusan rasmi semata-mata kerana azan berkumandang dan menyeru insan lain untuk mengerjakan solat berjemaah.

Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Itulah peribadi yang dimiliki oleh Tuan Guru Nik Aziz, ketika lawatan rasmi yang dilakukan oleh orang asal kerumahnya dan juga lawatan rasmi oleh kami, azan zohor berkumandang, beliau menangguhkan acara, dan menjadi imam kami pada solat zohor tersebut. Setelah selesai solat, beliau memberikan sedikit tazkirah, kerana beliau tahu dengan cara memperingati itulah yang akan menguntungkan umat Islam. Kemudian, barulah beliau menyambung kembali urusan rasmi yang ditangguhnya sebentar tadi.

Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar..

Bukankah pemimpin sebegini yang patut kita angkat menjadi pemimpin teratas?? Mengapa masih wujud kata-kata sinis yang berbunyi 'mereka memang ulama', ada ilmu, tp mereka tidak boleh berpolitik...', jahilnya orang yang berkata sebegitu, jelas tidak yakin bahawa ulama' yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri Malaysia, bukannya mereka yang berkiblatkan barat, bertuhankan Amerika. Landskap politik di Malaysia tidak akan berubah menjadi semakin baik, andai rakyatnya masih mengangkat orang jahil menjadi pemimpin.

~Wallahu'alam~

Thursday, December 9, 2010

1Malaysia : Minyak Dinaikkan, Barang Dimahalkan

Menyingkap tabir 1Malaysia : "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", kedengaran seperti hanya ungkapan tin kosong dek kerana beberapa isu yg menunjukkan betapa lemahnya pimpinan UMNO-Bn sekarang.

Kedengaran spt 1Malaysia : "Minyak Dinaikkan, Barang Dimahalkan"

Ape isunya..??

Banyak...tp, yg plg membimbangkn sekarang ialah kenaikan harga minyak.

Adakah benar rakyat didahulukan tatkala harga barang dinaikkan harganya?? Tidak...kerana ramai Mahasiswa/wi yg terpaksa mengikat perut dan berhempas pulas hny sekadar utk m'dptkn wang bg menampung perbelanjaan harian mereka.



Apakah tepat slogan rakyat didahulukan tatkala harga minyak dinaikkan?? Tidak...kerana negara-negara pengeluar minyak x naikkn harga minyak mereka seteruk Malaysia. TV1 ckp harga minyak dunia naik?? beb...c'mon la.. p'bndingan tu dibuat dgn negara2 bkn pengeluar minyak, Malaysia ni negara pengeluar minyak...hampa percaya hampa yg bodoh...jgn duk tgk sgt TV1, TV2, TV3 dan seangkatan...tgk bley, percya jangan...

Dan, saya percaya yg TV1 patut ditukar namanya ke TVBn...kuat sgt dok mengampu BN..

~Wallahu'alam~

Monday, December 6, 2010

26 Disember akn m'jelma, apa akan jadi..??

Hari Krismas dikenali sebagai Hari Natal, merupakan perayaan terbesar bagi pengikut ajaran Kristian. Namun, sy disini bkn nk m'pok-pek psl hari krismas nie, rata-rata sy agak dh pun tau ape dia sbnrnya...



Abis tu...knp dengan 26 disember dan ape kaitannye dengan hari krismas?? Bkn ke hari krismas disambut pada tanggal 25 disember..?? Iye..hari krismas disambut pada 25 disember...

Pun begitu, sy cuma nk mengingatkn satu peristiwa yg kebanyakan daripada kita mgkin sudah lupa..iaitu kejadian tsunami yg pernah meragut jutaan nyawa di Acheh, Indonesia, tidak kurang juga di Malaysia.

Korang x pelik ke np tsunami tu berlaku pada 26 disember iaitu sehari selepas sambutan hari krismas? x terlintas ke kt benak korang nk tanya psl mende ni? hehe...sy rase pelik, sbb tu sy selidik beberapa perkara berkenaan dengan tsunami ini dan cbe mncari punca knp berlakunya kejadian yg hebat spt ini.

Ade suatu ari, ketika sy dan kwn2 melancong ke Pulau Langkawi, slh satu tmpt yg pernah dilanda tsunami, kwn sy ade bercerita(dengan bunyi loghat kedah yg amat mencuit ati) : 'sini dulu, depa duk syok2 smbt krismas, yg smbt pn ade jgk melayu, islam plak tu, dgn arak, joget sne sni, haram jadah, tup2 esk kena tsunami..'

Kawan sy tu berani ckp begitu sbb dia prnh menetap kt langkawi...

Mungkin, ianya BALA yg diturunkan oleh Allah kepada mereka yg ingkar dan lupa pada arahanNya, spt firman Allah dalam surah Ar R'ad, ayat 11 yg memberi amaran kepada mereka yg ingkar :

"Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana(disebabkan kesalahan mereka sendiri) maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu"

Benarlah firman Allah tersebut, seharusnya kita mengambil iktibar susulan daripada peristiwa tsunami ini..sy juga bukanlah mengatakan yg haram secara total bagi kita umat Islam utk meraikan perayaan agama lain, x ada salahnye...tapi, janganlah smpai kita melampaui batas, ini x, kita org Islam m'nymbut Krismas mengalahkan org Kristian..hu3

Hari Krismas makin mendekat, tapi masih ramai umat Islam yg tidak sedar tentang hal ini, agaknye ape pula yg akan Allah turunkan pada 26 Disember kali ini, itupun kalau Allah turunkn sehari selepas smbtn Hari Krismas, bagaimana jikalau Allah x tggu?? Na'uzubillah...

Bagi mereka yg sudah lupa peristiwa ini, ingatlah utk diri sendri dan peringatilah shbt2 yg lain supaya tidak terus alpa, kerana dengan saling memperingati itulah yg memberi manfaat kepada org2 mukmin...


Bandar Acheh sebelum dan selepas tsunami


Masjid Banda Aceh



Kesan-kesan tsunami

~Wallahu'alam~

Saturday, November 13, 2010

Aidil Adha : Disebalik Ujian yg Didatangkan...

Beberapa bulan yg lepas, kita baru sahaja menikmati hari raya aidilfitri, pejam celik, pejam celik, skrg kita akan menyambut ketibaan hari raya aidiladha.

Sebelum sy pergi lebih lanjut, izinkan sy memberikan sedikit kata-kata aluan, biasala, mcm nak naik moto, sebelum memecut, kena start enjin terlebih dahulu, kalau memecut tanpa start enjin dlu, x kew jahanam moto tu nnt..hu3, Hari Raya AidilAdha di Malaysia disambut tidaklah semeriah Hari Raya Aidilfitri, namun bukan itu persoalannya, tahukah kita apa sebenarnya disebalik Hari Raya AidilAdha, atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban..??

Daripada kisah yg menyayat hati, Nabi Ibrahim AS sggup menerima arahan apabila diarahkn oleh Allah supaya menyembelih anaknya yang tercinta iaitu Ismail AS, dan tanpa sebarang bantahan, Ismail rela disembelih oleh bapanya kerana percaya bahawa itu adalah arahan daripada Yang Maha Kuasa, dan isteri Baginda, Siti Hajar dengan perasaan yang pilu merelakan anaknya disembelih oleh suaminya kerana perasaan cinta yang mendalam terhadap Allah.

~peristiwa ini diterangkan dalam surah Ash-shaffat ayat 101 hingga ayat 111~

Cuba kita tanya pada diri kita, jika kita diuji sehebat itu, adakah kita mampu menghadapinya??

Sedangkan ujian yg teramat kecil pn kita berkeluh kesah, inikan pula pabila Allah mendatangkan ujian yg hebat. Tersentak jiwa dan nurani kita dibuatnya.

Katakan kita didatangi ujian kegagalan dalam peperiksaan, begini agaknya rupa kita masa tu :
(hehe....)



Kenapa kita perlu frust?? kenapa kita perlu berfikiran negatif pada masa itu??

Sepatutnya kita ptt lebih bersyukur dan mengingati Allah, kerana kegagalan itulah yang menjadi sumber utk kita perbaiki kelemahan dan bangkit kembali untuk berjaya. Tapi itulah hakikatnya, kita jarang bersyukur malah, ada yang lebih parah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku.

Itulah, betapa jauhnya kita jikalau hendak dibandingkan dengan insan mulia Ibrahim AS, Ismail AS dan Siti Hajar.

Namun, ada juga manusia yang berkata :"Mereka itu para anbia', insan mulia, kita cuma insan biasa, manusia biasa, mana boleh disamakan..." Masya Allah...

Memang tidak akan ada manusia biasa yang akan sama tarafnya dengan para anbia', sedangkan taraf sahabat pun x dapat kita capai dengan keadaan kita pada masa kini...namun, kita perlu berusaha untuk menjadi seperti para solihin, dapat atau tidak, itu lain kira, yang penting, usaha itu ada...kerana tanpa usaha, tiadalah hasilnya...

Moga kita digolongkan dalam golongan insan yg bertakwa....AMIN.



~Wallahu'alam~

Wednesday, October 27, 2010

Rakyat Kesakitan...!!

Panas...!! Panas...!!

Isu ini baru jer dipanaskn oleh sesetengah pihak...

mgkin sy sedikit terlewat...

tp xpa...isu ni perlu diketahui semua org...

haha....hangpa tau ape isi bajet 2011?? (lau xtau bek korg msuk dlm tempurung)

namun, sy tertarik mengenai isu PERMATA..he3

ade ke ptt bajetnye RM111 juta?? wah3...

bnyknye...berbaloi ker?? bkn ke Malaysia dh ada Taska, Tadika, PAsti...??

cbe pkir ape rm111 juta ley buat..??

bnyak...hu3

kenapa x bg untuk kos perubatan...??

asenye lau kita sakit, mmg kerajaan nk bg kita mati...he3 (nauzubillah)

Ahli Parlimen Pendang mengatakan....

Datuk Dr Hayati Othman(gambar)

"Kerajaan perlu memberi perhatian kepada tabung ini(tabung bantuan perubatan), kadang-kadang pesakit yang memerlukan bantuan kewangan ni macam bola ditendang ke sana ke mari untuk mendapatkan bantuan ini.

Saya pernah menghadapi pesakit-pesakit yang datang ke hospital, hospital suruh pergi ke pejabat kebajikan. Pejabat kebajikan suruh pergi ke JKK, JKK suruh pergi kepada penghulu, akhirnya anak mati atas katil, tidak dapat lakukan pembedahan kerana tidak dapat menyediakan kos rawatan"

Wah3...kesian...hah! korang undilah BN...senang nk mati ats katil...ha3

~Wallahu'alam~

Tuesday, October 26, 2010

jom kupas 'Menjana Transformasi'

Saya sggup kerat jari jikalau ada warga Malaysia yang x pernah dengar laungan 1 Malaysia 'Menjana Transformasi"...nah, tgk logo lg dasyat...



Fuhh...lau dengar moto tu, mmg dasyat...

tp tahukah kita apa sbnrnya disebalik transformasi tersebut?? (buat2 xtau xpa)

sy tertarik apabila PM kita, Dato' Najib kata nk jadikan Mlysia sebuah hub pusat hiburan malam..

huhu...katanya nk memacu industri pelancongan...ala...transformasi...

bagaimana yup nk jadikn hub pusat hiburan malam tu...?? (jwpn kt bwh..bca sndri) hu3..

ni la caranya :

1. penubuhan kelab malam terkemuka
ala..ape nk heran, belambak kelab malam kt mlysia ni...cme transform jd terkemuka ckit jer..huhu, astghfirullah...mengucap..mengucap...

2. menganjurkan konsert....!!
urm...ni psl konsert artis2 luar la kot...yelh, skrg tgh hangat psl Adam Lambert yg 'gay' tu dtg mlysia..ish3, ape nk jd...dh jd dh pun, sblm2 ni pn dh bnyk artis luar yg dtg mlysia..ape nk heran?? mmg la x heran..ni la sbb maksiat berleluasa skrg...dato' najib x pkir ker?? nsb baik kambing xleh pkir, lau x mst kambing ley tercalon sma utk jd PM malysia..ha3


3. melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa
ehem...shbt2 pernah pi konsert artis2 luar?? lau prnh, cbe tgk pkaian depa cmner?? dsyat x?? hampir nk terkeluar sumer benda..ha3, bayangkan lau dilonggarkn lagi?? agak2 lps ni kita dpt tgk nasi lemak 50sen secara free la yup..hu3

Astaghfirullah....

cube shbt2 fkir guna akal yang waras...

inikah transformasi yang kita sumer nk lihat?? (lihatlah...hu3)

knp kita x trnsformkn mlysia ni kepada sebuah negara Islam??

dimana jati diri umat Islam?? (dlm tanah kot..he3)

last2 skali...inilah kenyataan tentang hala tuju Malaysia...


~wallahu'alam~

Kononnye Islam...

Astaghfirullah...

ape nk jadi dunia skrg...?? (dh jd dh pun) hu3..

jelas..!! yg haram kini dihalalkn oleh sesetengah pihak demi kepntngan diri...

dan begitulah sebaliknya...

tanpa menghiraukan hukum yg Islam syariatkn sbnrnye...

xkn kita nk duk DIAM..?? ayuh...

sedarlah muslimin muslimat sekalian...

inginkah kita lihat Islam hancur ditangan kita?? (mstlh xnk...)

bangkitlah wahai shabab-shababah Islam...!!

kita berhias...x salah dari segi Islam, tp hrus mengikut syariat...

tapi..

kalu dh jadi sebegini....



fkir-fkirknlah jikalau sumer muslimat berpkaian sedemikian?? (fkir jgn x fkir)

dalangnya.........????? (hangpa tgk sndri gmbr kt bwh)


adakah kita nk lihat Islam hancur kerana menjunjung 1 Malaysia..?? (lau xnk, tkr kerajaan)

~Wallahu'alam~

Saturday, August 21, 2010

PohoN Lah KeMaaFaN....!!

Jikalau perayaan Thankgiving merupakan perayaan di mana keluarga di Eropah berkumpul dan mendekati antara satu sama lain, maka ketahuilah bahawa Perayaan Aidil Fitri merupakan perayaan untuk seluruh umat Islam menyambut kemenangan setelah sebulan mereka mengharungi dugaan dalam berpuasa.

Bagaimana pula dengan persiapan raya?? Sedar atau tidak, ape yang saya katakan iaitu muslimin dan muslimat sekarang menyambut lebaran dalam keadaan membazir adalah satu fakta kerana kebanyakan daripada kita sememangnya membazir. Sedarlah wahai sahabat sekalian bahawa membazir itu amalan syaitan. Inginkah kita bersahabat dengan mereka? Seperti yang saya ketengahkan dalam post sebelum ini, syaitan mmg terlalu dekat dengan kita dan menunggu masa untuk menghasut kita, x kira masa dan tempat, malahan mereka mengambil kesempatan dilebaran ini, tatkala mereka bebas daripada belenggu ramadhan untuk menghasut kita. Bagaimana?? Senang je..dengan menghasut kita supaya membazir, masakan tidak, semua mahu baru..langsir baru, sofa baru, katil baru, kereta baru..bini baru?? Wallahu'alam...hehe

Bermula pada pagi AidilFitri, seluruh umat Islam sejagat akan bangun dan tidak sabar ingin mencuba baju baru yang dibeli. Setiap ibu bapa pasti akan sayu melihat anak-anak mereka melompat kegembiraan ketika saat anak-anak mereka mencuba baju baru yang dibelikan oleh mereka. Sebab itulah, wahai sahabat-sahabat sekalian, jasa ibunda dan ayahanda mu sangat besar dalam dirimu sekalian. Jangan sesekali kita menyakiti mereka kerana mereka tidak pernah terlintas walau sekali untuk menyakiti kita. Maka terbuktilah kebenaran Islam, tatkala pada pagi AidilFitri yang indah ini, kita dianjurkan untuk saling memohon kemaafan, jesteru itu, rebutlah peluang ini untuk memetik keharuman kemaafan daripada ibu dan bapa kita sekalian.

Banyak amalan sunat yang dituntut kepada kita untuk melakukannya pada hari lebaran. Malahan ana begitu pasti bahawa ramai yang sudah mengetahuinya, tapi apa salahnya jikalau ana ambil peluang ini untuk mengulanginya kerana kita cuma manusia biasa, selalu lupa..
Antara perkara sunat tersebut ialah :

1. Mandi sunat Hari Raya sebelum mengerjakan Solat sunat Hari Raya.

2. Memakai pakaian baru di hari lebaran

3. Makan terlebih dahulu sebelum pergi solat sunat Hari Raya

4. Memperbanyakkan takbir dan zikir

5. Memberi sedekah kepada yang sangat memerlukan

6. Menghidupkan amalan ziarah menziarahi

7. Memohon kemaafan dan memberi kemaafan

8. Mendoakan kebaikan antara satu sama lain

Lantas dikesempatan ini, ana cuma insan yang lemah dan dhai'f, menghulurkan tangan memohon kemaafan agar segala kotoran dosa yang selama ini terpalit dimuka ana, dapat dibersihkan dengan mengalirnya sungai kemaafan daripada sahabat-sahabat sekalian.



Bulan Syaitan Dalam Di Lema (Ramadhan)

7 huruf sudah cukup menerangkan tentang satu bulan yang dijanjikan oleh Allah akan ganjaran yang berlipat kali ganda, R.A.M.A.D.H.A.N (Ramadhan).

bile kita sebut ttg Ramadhan, ape yg akan terlintas di benak kita ialah sejenis makhluk yg diciptakan oleh Allah, iaitu Syaitan...tp kenapa?? sbbnya, bulan inilah kaum yg direjam ini berada dalam dilema setelah 11 bulan khusyuk dan enjoy menghasut anak-anak Adam.

Sejak nabi Adam dibangkitkn, sejak Hawa diciptakan, syaitan tidak pernah berputus asa menghasut manusia sehingga kini, masakan tidak, pembuangan bayi makin berleluasa, kezaliman, pembunuhan, dan berbagai kerosakan dilakukan oleh manusia angkara hasutan syaitan, dan jangan kita lupa, kerana syaitan juga, nabi Adam dan Hawa dikeluarkan daripada syurga, seterusnya dihumban ke bumi.

Untuk menghiburkan hati pembaca yang setia, ana sertakan didalam post ini satu video yang ana rasa dapat mencuit hati anda, paling penting, pelakonnya ialah ana sendiri..hehe, video amatur yang dirakam pada malam pelancaran Ihya' Ramadhan di Kolej Universiti Insaniah, pentomen bertajuk 'Syaitan', selamat menonton...


Diharapkan video tersebut dapat memberikan iktibar kepada kita semua..

Di bulan ramadhan, pahala yg dijanjikan oleh Allah berlipat kali ganda, hamba yg merindui Rabbnya berpeluang merasai kenikmatan pahala yang akan dicurahkan keatasnya seperti air yg turun daripada langit tanpa henti.

Yang paling penting, Allah telah menganugerahi hambaNya satu malam yang diberi nama malam Laylatul-Qadar. Kenapa?? Bayangkan, siapa yang tidak mahu merebut pahala seribu malam, sedangkan amalan yang dilakukan hanya dalam satu malam sahaja?? Ibarat kita lakukan solat sunat dua rakaat pada malam laylatul-qadar, tetapi pahala yg diberikan oleh Allah adalah seperti kita melakukan solat sunat untuk seribu malam...bayangkan..!! Tapi ingat, hanya hambaNya yang ikhlas sahaja akan dapat mengecapinya...ikhlaskah kita?? Tepuklah dada, dan tanya Iman..

Tapi, masih ramai manusia yang tidak sedar akan semua ini, masih ramai manusia yang liat untuk berpuasa, masih ramai manusia yang berat tulangnya untuk ke masjid, masih ramai yang melayan tidurnya daripada bangun melakukan tahajjud, masih ramai manusia itu dan ini...kenapa?? sedangkan syaitan telah diikat, ditahan dan dikurung pada bulan ini..?? Jawapannya, syaitan telah tinggalkan kawannya didalam diri kita, iaitu NAFSU..

Terasa amat sedih bile memikirkan, masih ada segelintir manusia yang liat untuk bangun sahur, mereka lebih suka melayan mimpi daripada bangun dan bersahur. sedangkan mereka lupa bahawa sahur itu sangatlah mudah, cukup sekadar dengan meminum seteguk air. mereka juga lupa bahawa ada keberkatan disebalik sahur sebagaimana hadis Rasulullah "Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Banyak perkara yang boleh dibincangkan tentang bulan ramadhan, antaranya tentang keberkatan sahur, kepentingan berbuka, faedah berpuasa, tarawikh, dan bnyk lg. Namun, jika hendak dikupas tentang semua perkara, nescaya ruang blog ini dipenuhi dengan post-post tersebut. Jd ana disini cuma ingin menghighlightkan perkara-perkara penting sahaja. Yang mana, ana merasakan muslimin dan muslimat sudah tahu tentang perkara tersebut, cuma kadang-kadang kita alpa dan lupa, jd ana cuma mengingati diri sendiri selain mengingati sahabat sekalian. ~Wallahu'alam~

Wednesday, May 26, 2010

Jom kiTa Ungkap, Singkap dan berTaubat

Setelah lama tidak membuat post baru, kali ni ana menampilkan sesuatu yang lebih fresh, panas dan terkini. Bkn kerana berhenti berjuang, namun penulisan terpaksa dihentikan sementara kerana ana sibuk untuk melakukan kajian terhadap kes pada kali ini. Berundur bkn kerana takut, tp berundur seperti menarik anak panah, untuk pergi lebih jauh! Ape yang ingin ana ungkapkan di dalam post ini adalah satu realiti yang berlaku pada zaman ini, dan lebih jelas, ianya berlaku kepada kebanyakan remaja, mungkin remaja tersebut ialah adik anda, atau sepupu anda, ataupun jiran anda?? cbe anda singkap, adakah mereka memiliki motosikal? dan jika mereka mamiliki kenderaan tersebut, maka 50% menunjukkan mereka terlibat dengan perkara ini, dan selebihnya terpulang kepada individu tersebut untuk membuktikannya di litar haram, iaitu jalan raya.

Topik yang ana ingin kupas pada hari ini ialah, REMPIT!! "selagi motor gua masih hidup, selagi tu gua akan tetap hidup..."

Untuk mencari bahan kajian kes kali ini, ana mengambil tindakan berani dengan bergaul dengan remaja-remaja yang menggelarkan diri mereka Mat Rempit, dan hasilnya adalah seperti yang akan ana paparkan di dalam post ini. Banyak cabaran dan dugaan yang ana hadapi, namun ana bersyukur terhadap Allah SWT kerana masih ditetapkan Iman olehNya.

Pernahkah kita bertanya, dimana silap kita?? kenapa asyik dengan menuding jari terhadap mat rempit tanpa memikirkan peranan kita sebagai masyarakat? adakah masalah ini akan selesai jika kita hanya khusyuk mencaci, memaki hamun mereka tanpa memainkan peranan?? jawablah persoalan tersebut...

Setelah saya tinjau selama beberapa minggu, saya dapati beberapa pucuk pangkal kepada masalah mat rempit ini. Setelah disoal siasat, diselidiki, rata-rata mat rempit mengaku bahawa mereka melakukan perbuatan ini hanya kerana ingin mencari keseronokan.
Dimana puncanya??

1. kurang/tiada didikan agama
2. pengaruh rakan sebaya
3. ibu bapa tidak memainkan peranan mereka

Berikut adalah sebab-sebab yang dapat ana berikan, sebahagian besar kehidupan mereka
bknlah seperti yang kita fikirkan. Cara terbaik untuk mengajak mereka ke jalan yang lurus ialah dengan mendekati mereka. Bkn dengan cara mencaci, menghina dan memaki-hamun mereka. Apa yang saya perhatikan, mereka bukanlah jahat sangat, cuma terlebih nakal sahaja. Hanya segelintir daripada mereka yang kurang ajar sanggup melakukan perbuatan terkutuk seperti meragut, mencuri dan sebagainya. Bak kata dalam filem Adnan Sempit "kerana nila setitik, rosak mat rempit sebelanga.."

Kenapa persoalan kurangnya didikan agama sentiasa ditimbulkan..? Mana tidaknya, institusi keluarga yg kian meruntuh kini banyak membawa kesan yg negatif, bkn hanya sekadar Mat Rempit yg berjaya dihasilkan melalui keruntuhan institusi keluarga, tp gejala terbaru yang kian menular ialah lambakan kes pembuangan bayi. Keruntuhan institusi keluarga inilah merupakan punca terbesar kenapa didikan agama tidak dapat disalurkan dengan begitu baik kepada mereka.

Impak keruntuhan ini juga banyak menyumbang kepada remaja yang tersalah memilih rakan sebaya. "Jika kamu berkawan dengan penjual wangian, maka kamu akan terjangkit bau harum wangian tersebut, tp jika kamu berkawan dengan tukang besi, maka kamu akan terasa bahang kepanasan besi tersebut...". Pengaruh rakan sebaya perlulah dititik beratkan. Jika mereka memberi pengaruh yang positif, tiada apa yang perlu dibimbangkan, tapi bagaimana jikalau mereka memberikan pengaruh yang negatif..?? maka makin ramailah remaja yang akan tersalah pilih jalah.

Fikir-fikirkanlah....

Berikut adalah video yang ana paparkan bersama, dimana antum semua akan dapat lihat muka ana kt trek LUMBA HARAM...enjoy yourself..!