Tuesday, March 30, 2010

IkhLaskaN NiaT


Seorang hamba Allah yang bergelar mukmin pasti tidak dapat lari daripada menerima ujian daripadaNya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Kadang-kadang, kita tertanya-tanya kenapa kita ditimpa musibah, mempersalahkan Allah, malah ada yang berpaling daripada agamaNya hanya kerana diuji dengan setitik ujian, sedangkan mereka tidak sedar betapa besar ganjaran yang telah Allah janjikan kepada mereka yang sabar menghadapi ujianNya.

Ujian Allah boleh didatangi daripada pelbagai cara, antaranya, keluarga, pelajaran, kawan-kawan, jawatan, harta dan sebagainya.

Bercakap soal jawatan, ia adalah satu amanah daripada Allah SWT. tapi, berapa ramai manusia diluar sana yang ikhlas dalam menerima dan menjalankan amanah yang telah Allah berikan tersebut??

Rasulullah yang tercinta pernah menerangkan soal ikhlas dalam satu potongan hadis baginda berkenaan dengan niat iaitu :

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرىء ما نوى..."الى اخر حديث

yang bermaksud :

(daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin Umar bin Al-Khattab ra berkata : aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia diniatkan...) hingga akhir hadis.

Bagi mereka yg mengerti maksud disebalik hadis tersebut, pasti mereka faham bahawa setiap apa perkara yg mereka lakukan itu bergantung dan berkait rapat dengan niat. Jika niat itu salah, maka hala tuju perbuatan yg tercetus drpd niat itu pasti akan menjurus kearah keburukan. Dan yang pasti, jika niat baik bersulamkan keindahan ikhlas, sudah pasti perbuatan itu akan diredhai oleh Allah SWT.

Rujukan :
1. Hadis 40, Imam Nawawi, Hadis ke-1

Saturday, March 13, 2010

Asobiyyah...??


Sekadar ingin berkongsi cerita dan pendapat, pagi ni, ana keluar bersama beberapa teman ana untuk bersarapan, kami singgah di sebuah kedai di alor star ni, pertamanya, ana sangat suka dengan sikap peniaga-peniaga kedah, sebabnya ialah, kebanyakan kedai yang ana kunjungi, peniaga-peniaga ini berkongsi satu bumbung dalam menjalankan perniagaan, mereka mampu hidup sebumbung dan bersaing secara sihat. Sikap inilah yang amat dituntut di dalam Islam.

Namun pun begitu, ada beberapa perkara yang juga menarik perhatian ana, ketika kami sedang menempah makanan, seorang daripada kawan ana iaitu Ahmad(nama samaran) menggunakan bahasa negeri kami iaitu bahasa kelantan untuk menempah makanan, oleh sebab itu, peniaga yg sebelum ini bermuka biasa tiba-tiba berubah menjadi dingin dan melayan kami tidak seramah pelanggan lain, pada pengamatan ana, mungkin peniaga tersebut tidak suka kami berbahasa kelantan.

Setelah berlaku kejadian tersebut, ana telah mendapat dua kesimpulan :

1. Kawan ana iaitu Ahmad, tidak sepatutnya berbahasa kelantan kerana dia patut sedar yang dia sebenarnya berada di negeri Kedah, walaupun memang ana akui sesetengah daripada orang Kelantan amat susah untuk mengubah bahasa mereka, tapi, itu tidak patut dijadikan alasan untuk mereka tidak mencuba, paling tidak, cubalah berbahasa dengan bahasa Melayu standart. Bak kata pepatah Melayu "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemboh"

2. Untuk bersikap adil, kawan ana itu juga tidak seharusnya disalahkan sepanuhnya, kerana peniaga itu patut sedar yang dia sebenarnya sedang melayan seorang pelanggan. Kawan ana membayar jumlah yang sama seperti pelanggan yang lain, dan tidak adillah jikalau dia menerima layanan yang dingin daripada peniaga tersebut hanya disebabkan dia berbahasa Kelantan. Ini hanya akan menimbulkan banyak persepsi yang tidak baik kepada peniaga tersebut.

Allah telah pun mengingatkan kita dalam kitabnya yang bermaksud:
"Jikalau engkau berselisih dalam sesuatu hal, maka kembalikanlah itu kepada Allah dan RasulNya." Yakni Al-Kitab dan Al-Sunnah (An-Nisa' : 59)

Kita umat Islam harus bersatu padu dan berada di bawah satu cahaya, iaitu cahaya Islam, sebarang pertelingkahan yang berlaku, kembali kearah cahaya Islam tersebut, bukan fanatik dengan mempertahankan bangsa masing-masing.

~Wallahu'alam~

Thursday, March 11, 2010

Penyucian Jiwa


Dalam jutaan cara atau method utk menyucikan jiwa spt yg diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, disini saya sertakan beberapa zikir yg dpt diamalkan utk sama-sama kita mengislahkan diri kepada ALLAH dan menyucikan diri kita, antara potongan hadis baginda adalah :
عن ابي مالك الأشعرى قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الطهور شطر الايمان, والحمدلله تملأ الميزان, وسبحان الله والحمدلله تملآن او تملأ ما بين السموات والارض....الى اخر الحديث
Maksudnya : "daripada abi Malik Al-Asyari berkata, telah bersabda Rasulullah SAW : kebersihan sebahagian daripada iman, zikir 'alhamdulillah' mengisi timbangan amalan pada hari kiamat, dan zikir 'subhanallah' dan 'alhamdulillah' memenuhi ruang antara langit dan bumi....."

Ulama' telah membahaskan ttg maksud disebalik kebersihan sebahagian daripada iman :
(1) pahala pada kebersihan
(2) meninggalkan perkara maksiat
(3) bersih daripada hadas besar dan kecil samada dengan air atau tayammum, manakala yg dikehendaki dengan iman itu adalah solat
(4) makna bersih : adalah wudhu' yg menghapuskan dosa-dosa kecil

Namun, apa yg ingin saya titik beratkan disini adalah lafaz zikir 'alhamdulillah' dan 'subhanallah', menurut hadis tersebut, lafaz zikir alhamdulillah mengisi atau memenuhi neraca timbangan amalan pada hari kiamat, yakni dengan pahala.

Manakala, lafaz zikir alhamdulillah beserta subhanallah pula memenuhi ruang antara langit dan bumi, ini boleh diertikan sebagai lafaz itu akan menjadi pendinding kepada kita daripada sebarang kejahatan dan kemaksiatan. Apa yang pasti, lafaz zikir ini sangat penting utk dijadikan amalan seharian.

~Wallahu'alam~

rujukan:
1. Kitab Hadis 40, Imam Nawawi, hadis ke-23
2. Hadis pertama, kuliyyah usuluddin tahun satu kolej universiti insaniah.

Thursday, March 4, 2010

Takrif Taubat


Bahasa : taubat bermaksud kembali

Syarak : meninggalkan dosa kerana takutkan Allah swt dan merasai keburukan dosa itu.

Dipetik daripada kitab karangan prof Yusuf Al-Qaradhawi yang bertajuk ‘Taubat Kepada Allah’ membawa kepada pengertian taubat nasuha, iaitu :

Ibn Jabir, Ibn Kathir dan Ibn Al-Qayyim menyebutkan dari Umar, Ibn Mas’ud dan Ubai bin Ka’ab, taubat nasuha ialah bertaubat dari sesuatu dosa serta tidak kembali melakukannya sepertimana tidak kembalinya susu ke dalam kantongnya.

Asal susu adalah daripada kantong, namun, jika sekiranya susu tersebut dikeluarkan daripada kantongnya, adalah mustahil susu tersebut dapat dikembalikan semula ke dalam kantongnya. Jadi, pastikan diri kita ini dijadikan seperti susu, dan kantong itu diibaratkan sebagai dosa-dosa yang pernah dilakukan, maka, sebagaimana mustahilnya susu untuk kembali semula ke kantong, begitulah ibaratnya diri kita dengan dosa-dosa serta maksiat yang pernah kita lakukan, jauhkanlah diri kita daripada igauan masa lampau. Semua ini adalah perumpamaan yang diberikan oleh ulama’ terdahulu bagi menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan taubat nasuha mengikut logik akal.