Friday, April 23, 2010

Menipu dan Tertipu..!!

Setelah melihat fenomena terkini, ana merasa terpanggil utk membuat beberapa ulasan berkenaan dengan Pilihan Raya Kecil di Hulu Selangor.

Biarlah, mungkin kerana menerbitkan post ini di blog ana sendiri, ana mungkin akan ditangkap ISA kerana mendedahkan beberapa korupsi yang telah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab, jadi, selama mana ianya berlaku, selagi itu, perjuangan ana belum selesai!!

Lihat di dada akhbar, televisyen, dan di corong-corong radio, kita pasti tidak lepas daripada berita yang mengaitkan arak dengan Datuk Zaid(wakil rakyat daripada PKR). kalau Zaid tu masih tidak insaf, maka ana akan hentam Zaid dalam post ini, tp tidak, apa yang ana ingin tegakkan ialah sesuatu yang lain kerana bagi ana sudah tiada sebab lagi untuk ana hentam Zaid. Beliau sendiri yang mengaku pada rakyat bahawa dia sudah bertaubat dan meninggalkan perkara hina tersebut, jadi, salahkah kita memberi beliau peluang untuk membuktikannya??

Namun, ada beberapa pihak yang tidak berhati perut masih tetap melemparkan fitnah terhadap beliau, dengan kecanggihan teknologi terkini, gambar Zaid diedit untuk mengaburi mata rakyat, lihat dan bandingkan gambar di bawah :





Kejamnya mereka yang sanggup melakukan perkara hina seperti ini!!

Ana ingin jelaskan, bahawa ana tidak berpihak mana-mana parti dalam hal ini, tp, ana adalah seorang Muslim, menegakkan kebenaran adalah jiwa ana. Dan janganlah sahabat-sahabat menjadi orang yang buta matanya, menutup kebenaran dan melakukan kemungkaran. Allah telah jelaskan berkenaan dengan perkara ini di dalam Al-Quran yang bermaksud :

"Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat" surah Al-baqarah, ayat ke-7.

Berdasarkan maksud ayat tersebut, ana cuma ingin menasihati kawan-kawan agar memiliki pemikiran yang lebih terbuka dan tidak membutakan mata serta memekakkan telinga apabila mengetahui sebarang kebenaran. Jika kita terus berkeadaan sedemikian, takutilah amaran Allah didalam surah Al-Baqarah tersebut, nescaya Allah akan mengunci hati dan seluruh pancaindera kita daripada menerima kebenaran. Disaat itu, tiada siapa yang mampu menolong kita selain Allah, dan azabNya yang pedih sedang menanti kita. nauzubillah..

Friday, April 2, 2010

Dosa (Antara ReaLiTi & iGaUaN)

Percaya atau tidak, kalau ana katakan pada hari ini, jika kita ronda-ronda makan angin di mana-mana tempat di Malaysia ini, nescaya kita tidak dapat lari daripada satu perkara, iaitu melihat manusia-manusia yang masih tidak sedarkan diri sedang berbuat dosa. Contoh mudah, lelaki dan perempuan yang bukan muhrim sedang berpacaran, bergeseran disana-sini. Dan kalau saya ingin senaraikan, masih ada banyak lagi, meragut, mencuri, rasuah, derhaka kepada kedua ibubapa, merogol, membunuh dan sebagainya. Tanyalah diri sendiri, relevenkah kita menggelarkan negara kita sebagai sebuah negara Islam, sedangkan perkara tersebut masih berleluasa?

Persoalannya, mengapa suasana dan pemandangan seperti ini menjadi satu kebiasaan bagi masyarakat kita??

Jawapannya terlalu senang, kerana kita telah terpesong jauh daripada ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Masakan tidak, kalau masyarakat kita berpegang teguh terhadap dua perkara itu, sudah pasti jenayah-jenayah seperti itu tidak akan berlaku di atas muka bumi ini, sesuailah dengan hadis baginda Rasulullah yang bermaksud "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh padanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya, yakni Al-Quran dan sunnahku"

Berikutnya, antara penyebab utama yang mendorong manusia melakukan jenayah boleh disenaraikan seperti berikut :
1. dipengaruhi oleh nafsu
2. kejahilan tentang ilmu agama
3. pengaruh sekeliling(kawan, keluarga, dll)
4. keadaan hidup(miskin, kaya)
5. tidak mempercayai hari pembalasan

Bagi mereka yang sering melakukan jenayah ataupun maksiat, sedar atau tidak, Allah telah berjanji untuk memberikan balasan yang setimpal kepada mereka, dan perkara ini telah ditinta oleh Allah dalam kitabNya yang menjadi mukjizat agung Rasulullah, yang bermaksud :
"Dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya" surah Al-Zilzal, ayat ke-8