Tuesday, March 30, 2010

IkhLaskaN NiaT


Seorang hamba Allah yang bergelar mukmin pasti tidak dapat lari daripada menerima ujian daripadaNya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Kadang-kadang, kita tertanya-tanya kenapa kita ditimpa musibah, mempersalahkan Allah, malah ada yang berpaling daripada agamaNya hanya kerana diuji dengan setitik ujian, sedangkan mereka tidak sedar betapa besar ganjaran yang telah Allah janjikan kepada mereka yang sabar menghadapi ujianNya.

Ujian Allah boleh didatangi daripada pelbagai cara, antaranya, keluarga, pelajaran, kawan-kawan, jawatan, harta dan sebagainya.

Bercakap soal jawatan, ia adalah satu amanah daripada Allah SWT. tapi, berapa ramai manusia diluar sana yang ikhlas dalam menerima dan menjalankan amanah yang telah Allah berikan tersebut??

Rasulullah yang tercinta pernah menerangkan soal ikhlas dalam satu potongan hadis baginda berkenaan dengan niat iaitu :

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرىء ما نوى..."الى اخر حديث

yang bermaksud :

(daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin Umar bin Al-Khattab ra berkata : aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia diniatkan...) hingga akhir hadis.

Bagi mereka yg mengerti maksud disebalik hadis tersebut, pasti mereka faham bahawa setiap apa perkara yg mereka lakukan itu bergantung dan berkait rapat dengan niat. Jika niat itu salah, maka hala tuju perbuatan yg tercetus drpd niat itu pasti akan menjurus kearah keburukan. Dan yang pasti, jika niat baik bersulamkan keindahan ikhlas, sudah pasti perbuatan itu akan diredhai oleh Allah SWT.

Rujukan :
1. Hadis 40, Imam Nawawi, Hadis ke-1

2 comments:

  1. salam....
    nak minta nasihat ble kah?
    sy sekarang langsung x d tegur ole kwn2x saya.....
    x taw knp...rasa mcm d pulau.....tapi itu lah yg sya hadapi skrg...... saya rasa btl2x down...rasa diri x diperlukan lg..rasa d buang jauh2x..... apa perlu sya buat?

    ReplyDelete
  2. wassalam saudari shafinaz...
    Insya Allah bleh...sy tlg stkt yg mmpu...
    sy sgt mengerti ape yg dihadapi oleh saudari sbb sy sndri pernh menghadapinye...

    berkenaan dengan ape yg saudari tny, ape yg perlu saudari buat, bg pndpt sy, saudari perlu check and balance(muhasabah) knp bnd tu berlaku..

    ble saudari jmp punca mslh tu, cbe atasinye dan yg plg pntg, mintak petunjuk drpd Allah SWT..

    berubah kepada kebaikn itu hijrah, jika kita berhijrah, dn menemui ajal, maka kematian kita itu adalah syahid...Allahu Akbar...

    ReplyDelete