Saturday, March 13, 2010

Asobiyyah...??


Sekadar ingin berkongsi cerita dan pendapat, pagi ni, ana keluar bersama beberapa teman ana untuk bersarapan, kami singgah di sebuah kedai di alor star ni, pertamanya, ana sangat suka dengan sikap peniaga-peniaga kedah, sebabnya ialah, kebanyakan kedai yang ana kunjungi, peniaga-peniaga ini berkongsi satu bumbung dalam menjalankan perniagaan, mereka mampu hidup sebumbung dan bersaing secara sihat. Sikap inilah yang amat dituntut di dalam Islam.

Namun pun begitu, ada beberapa perkara yang juga menarik perhatian ana, ketika kami sedang menempah makanan, seorang daripada kawan ana iaitu Ahmad(nama samaran) menggunakan bahasa negeri kami iaitu bahasa kelantan untuk menempah makanan, oleh sebab itu, peniaga yg sebelum ini bermuka biasa tiba-tiba berubah menjadi dingin dan melayan kami tidak seramah pelanggan lain, pada pengamatan ana, mungkin peniaga tersebut tidak suka kami berbahasa kelantan.

Setelah berlaku kejadian tersebut, ana telah mendapat dua kesimpulan :

1. Kawan ana iaitu Ahmad, tidak sepatutnya berbahasa kelantan kerana dia patut sedar yang dia sebenarnya berada di negeri Kedah, walaupun memang ana akui sesetengah daripada orang Kelantan amat susah untuk mengubah bahasa mereka, tapi, itu tidak patut dijadikan alasan untuk mereka tidak mencuba, paling tidak, cubalah berbahasa dengan bahasa Melayu standart. Bak kata pepatah Melayu "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemboh"

2. Untuk bersikap adil, kawan ana itu juga tidak seharusnya disalahkan sepanuhnya, kerana peniaga itu patut sedar yang dia sebenarnya sedang melayan seorang pelanggan. Kawan ana membayar jumlah yang sama seperti pelanggan yang lain, dan tidak adillah jikalau dia menerima layanan yang dingin daripada peniaga tersebut hanya disebabkan dia berbahasa Kelantan. Ini hanya akan menimbulkan banyak persepsi yang tidak baik kepada peniaga tersebut.

Allah telah pun mengingatkan kita dalam kitabnya yang bermaksud:
"Jikalau engkau berselisih dalam sesuatu hal, maka kembalikanlah itu kepada Allah dan RasulNya." Yakni Al-Kitab dan Al-Sunnah (An-Nisa' : 59)

Kita umat Islam harus bersatu padu dan berada di bawah satu cahaya, iaitu cahaya Islam, sebarang pertelingkahan yang berlaku, kembali kearah cahaya Islam tersebut, bukan fanatik dengan mempertahankan bangsa masing-masing.

~Wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment