Friday, April 2, 2010

Dosa (Antara ReaLiTi & iGaUaN)

Percaya atau tidak, kalau ana katakan pada hari ini, jika kita ronda-ronda makan angin di mana-mana tempat di Malaysia ini, nescaya kita tidak dapat lari daripada satu perkara, iaitu melihat manusia-manusia yang masih tidak sedarkan diri sedang berbuat dosa. Contoh mudah, lelaki dan perempuan yang bukan muhrim sedang berpacaran, bergeseran disana-sini. Dan kalau saya ingin senaraikan, masih ada banyak lagi, meragut, mencuri, rasuah, derhaka kepada kedua ibubapa, merogol, membunuh dan sebagainya. Tanyalah diri sendiri, relevenkah kita menggelarkan negara kita sebagai sebuah negara Islam, sedangkan perkara tersebut masih berleluasa?

Persoalannya, mengapa suasana dan pemandangan seperti ini menjadi satu kebiasaan bagi masyarakat kita??

Jawapannya terlalu senang, kerana kita telah terpesong jauh daripada ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Masakan tidak, kalau masyarakat kita berpegang teguh terhadap dua perkara itu, sudah pasti jenayah-jenayah seperti itu tidak akan berlaku di atas muka bumi ini, sesuailah dengan hadis baginda Rasulullah yang bermaksud "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh padanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya, yakni Al-Quran dan sunnahku"

Berikutnya, antara penyebab utama yang mendorong manusia melakukan jenayah boleh disenaraikan seperti berikut :
1. dipengaruhi oleh nafsu
2. kejahilan tentang ilmu agama
3. pengaruh sekeliling(kawan, keluarga, dll)
4. keadaan hidup(miskin, kaya)
5. tidak mempercayai hari pembalasan

Bagi mereka yang sering melakukan jenayah ataupun maksiat, sedar atau tidak, Allah telah berjanji untuk memberikan balasan yang setimpal kepada mereka, dan perkara ini telah ditinta oleh Allah dalam kitabNya yang menjadi mukjizat agung Rasulullah, yang bermaksud :
"Dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya" surah Al-Zilzal, ayat ke-8

No comments:

Post a Comment