Thursday, March 4, 2010

Takrif Taubat


Bahasa : taubat bermaksud kembali

Syarak : meninggalkan dosa kerana takutkan Allah swt dan merasai keburukan dosa itu.

Dipetik daripada kitab karangan prof Yusuf Al-Qaradhawi yang bertajuk ‘Taubat Kepada Allah’ membawa kepada pengertian taubat nasuha, iaitu :

Ibn Jabir, Ibn Kathir dan Ibn Al-Qayyim menyebutkan dari Umar, Ibn Mas’ud dan Ubai bin Ka’ab, taubat nasuha ialah bertaubat dari sesuatu dosa serta tidak kembali melakukannya sepertimana tidak kembalinya susu ke dalam kantongnya.

Asal susu adalah daripada kantong, namun, jika sekiranya susu tersebut dikeluarkan daripada kantongnya, adalah mustahil susu tersebut dapat dikembalikan semula ke dalam kantongnya. Jadi, pastikan diri kita ini dijadikan seperti susu, dan kantong itu diibaratkan sebagai dosa-dosa yang pernah dilakukan, maka, sebagaimana mustahilnya susu untuk kembali semula ke kantong, begitulah ibaratnya diri kita dengan dosa-dosa serta maksiat yang pernah kita lakukan, jauhkanlah diri kita daripada igauan masa lampau. Semua ini adalah perumpamaan yang diberikan oleh ulama’ terdahulu bagi menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan taubat nasuha mengikut logik akal.

No comments:

Post a Comment